Sunday, November 30, 2008

islam n melayu


Assalamualikum,,..
Sebelum ini sy tidak berminat untuk menulis mengenai Penang tetapi perkembang terbaru pentadbiran LGE menggamik sy untuk turut menulis dan berkongsi idea dengan kwn2 sekelian berkaitan apa yang sedang berlaku di Penang.

Penang adalah negeri yang telah lama di urus oleh orang Cina.LGE hanya menyambung pemerintahan Cina di Penang.Sebelum ini sy hanya menjangka tidak banyak perubahan yang akan dibawa kecuali beberapa dasar yang nyata menjadi kritikan DAP sejak dulu.

Sebab itu apabila LGE mengumumkan dasar tender terbuka,dasar tidak mengikut panduan DEB dan dasar jimat perbelanjaan,sy kira ianya merupakan tindakan memenuhi janji PRU sahaja.Kemudian timbul cadangan menggunakan tanda jalan dalam berbagai bahasa yang sekaligus menimbulkan kemarahan pihak pihak tertentu termasuk Pewaris yang diberitakan akan menghantar noits bantahan kepada kerajaan Penang pimpinan LGE.

Alasannya ialah ianya melanggar perlembagaan persekutuan yang menjamin bahasa Melayu sebagai bahasa resmi negara dan tindakan ini juga dilihat sebagai usaha menghapuskan Islam dan melayu dari bumi Penang.Kalau diikutkan alasan yang diberi Pewaris ini tidak langsung munasabah kerana pembelajaran matematik dan sain dalam bahasa Inggeris lebih jelas sebagai perlanggaran perlembagaan tetapi Pewaris pejamkan mata.Apabila timbul isu nama jalan dalam berbagai bahasa Pewaris muncul untuk menjadi juara umat melayu sekaligus mengajak umat kembali kepada fitrah.

Penting sangat ker nama jalan dalam berbagai bahasa ini?Pada setengah orang ianya bukan perkara penting dan untuk itu mereka berpendapat bahawa nama jalan tak perlu diubah, biarkan begitu.sy bukan bermaksud untuk membela kerajaan Penang,tetapi setuju bahawa nama jalan bukan perkara penting dan untuk itu biarkanlah kerajaan Penang memutuskannya samaada nak kekalkan dalam keadaan asal atau mengubah mengikut apa yang diputuskan oleh kerajaan.tak perlu ada polimik tentang nama jalan ini.

Walaubagaimanapun,nasib orang melayu di Penang seharusnya dibela baik oleh Pewaris atau mana mana pihak yang berminat untuk menegur kerajaan Penang.Malah sebenarnya pembelaan Melayu Penang ini sepatutnya dilakukan lama dulu,sewaktu orang orang melayu sedikit demi sedikit dipinggir dari kawasan bandar dan ketika orang orang melayu Penang beramai ramai berhijrah ke negeri lain termasuk ke negeri Pahang,Terengganu dan kelantan.

Kini nasib melayu Penang menjadi persoalan.Tetapi pihak seperti Pewaris dan UMNO tidak berminat untuk membela mereka.Di sinilah yang telah menarik perhatian ana untuk berkongsi apabila LGE selaku ketua menteri Penang menyatakan komitmennya untuk menghapuskan kemiskinan tegar di Penang.Kata LGE, beliau malu menjadi ketua menteri sebuah negeri yang memiliki kemiskinan tegar yang tinggi.

Apa yang tersirat dari kemitmen LGE ini?Statistik menunjukkan 70 % kemiskinan tegar di Penang terdiri dari orang melayu,20% orang India dan 10 % orang Cina.Apa makna statistik ini?

Maknanya LGE komited untuk membantu oranag melayu keluar dari kemiskinan tegar ini.Itulah hakikatnya yang tidak pernah disebut oleh kerajaan terdahulu dan tidak pernah disebut oleh UMNO yang selama ini dipertanggungjawabkan untuk membela melayu Penang.Hakikat ini juga tidak disebut oleh pewaris yang mendakwa mereka adalah wadah untuk mengajak umat Islam kembali kepada fitrah sebaliknya mereka lebih berminat dengan tanda jalan.

Baru baru ini juga LGE pernah menyebut dan mengajak umat Islam untuk amal maaruf nahi mungkar bukannya amal mungkar nahi maaruf.Menurut LGE beliau sudah merujuk ungkapan ini kepada ustaz ustaz yang berwibawa dan sebagai usaha memerangi maksiat yang menjadi jadi di Penang, LGE mengajak umat Islam bersama samanya untuk turut sama memerangi maksiat.Di awal pemerintahannya,antara perkara pertama yang dibuat LGE ialah menaikan elaun guru kafa serta kemudian memberi elaun kepada para hafiz.Semuanya ini dilihat penting dalam usaha tarbiyah di peringkat awal dan sebagai usaha pertama mencegah keruntuhan akhlak muda mudi Islam.

Kenapa perkara ini tidak diberi perhatian oleh pewaris?Tidakkah kita umat Islam merasa malu kerana seorang seperti LGE yang mengajak kita memerangi maksiat?Di mana Pewaris dan di mana pemimpin melayu yang mendakwa sebagai juara umat?

Sesungguhnya usaha dan tindakan LGE menarik minat ana serta sekarang baru ana sedari LGE tidak sama dengan ketua menteri sebelum ini.LGE bukan seorang Islam sekarang ini, tetapi telah menunjukkan keikhlasan untuk membina semula ajaran Islam di kalangan orang Islam Penang.Tetapi sungguh malang kerana ada setengah orang Islam sendiri tidak nampak usaha usaha ini termasuk Pewaris.Apakah tidak ada rasa malu di kalangan kita umat Islam kerana berdepan dengan LGE.

Semua hujah di atas menjustifikasikan kerjasama PAS dalam kerajaan Penang dan sesungguhnya PAS sudah melaksanakan tugas penting untuk orang Islam Penang dan tidak harus ada suara memperlekehkan kerjasama ini kalau benar benar kita sayangkan agama yang suci ini.Sesungguhnya ALLAH telah membuka jalan kepada kebaikan menerusi LGE dan jalan ini tidak harus dipersia siakan kerana sebagai orang Islam kita juga harus ingat amaran ALLAH bahawa sekiranya satu kaum itu engkar dan lalai maka ALLAH akan gantikan mereka dengan kaum yang lain.Ingatlah LGE adalah ancaman besar kepada melayu Islam dalam ertikata kemungkinan beliau diberi hidayah ALLAH untuk menjadi pemimpin kaum yang mungkin menggantikan kaum melayu.Awaslah melayu Islam semua dan pewaris, Islam bukan hak mutlak melayu."

2 comments:

[MH] said...

salam

urmm,apa pun,kita yang berada jauh dr tanah air ni hanya boleh berdoa,tunggu dan lihat.jika LGE benar2 berminat dgn ISlamlantas mengucap dua kali syahadah,sesungguhnya ia merupakan satu berita gembira buat umat ISlam.
aku segan la,aku pon kurang da ikut politik sejak dua menjak ni.dulu rajin follow.skrg bz skit.

biasanya ko rujuk berita mana eh?malaysia kini?

thnx sebarkan semua ni.
harap rakan2 lain turut peka ttg hal isu semasa ni

p/s:
oit,mana link blog aku kat blog ko ni haa?aku dh link kan ko punya dh pon

Anonymous said...

weii..berbangga aku ko tulis sal penang!!

bagus2..